SELAMAT DATANG WAHAI PEJUANG

Tahniah!! Anda adalah pilihan ALLAH!!!!

Sunday, February 20, 2011

RISAUKAN DUNIA??????

Assalamualaikum,
Kisah hari ni yang ana nak kongsi bersama antum semua ialah tentang DUNIA… Jangan pulak antum semua anggap ana nak cerita panjang lebar utk menghuraikan apa itu dunia.. TIDAK SAMA SEKALI….

Begini kisahnya:

                Zaid bin Arqam r.a. menceritakan, “Ketika itu, kami sedang bersama Abu Bakar As- Siddiq r.a. Beliau meminta diberi air. Kami pun memberinya air dan madu. Setelah air dan madu diletakkan pada tangannya, tiba-tiba beliau menangis tersedu-sedu. Sehingga kami khuatir berlaku sesuatu pada dirinya, namun kami tidak bertanyakan perkara itu kepadanya.
                Setelah selesai minum, kami pun bertanya kepada beliau, ‘Wahai Khalifah, sebenarnya apa yang berlaku pada dirimu sehingga kamu menangis seperti itu?’
                Beliau menjawab, ‘Ketika aku bersama Rasulullah s.a.w., aku melihatnya seperti menolak sesuatu, padahal aku tidak melihat apa-apa. Maka aku tanyakan perkara kepada baginda, “Wahai Rasulullah s.a.w, apa yang sebenarnya kamu lakukan? Aku melihatmu seperti menolak sesuatu, padahal aku tidak melihat apa-apa.”
                Rasulullah s.a.w menjawab, “Datang dunia dan bersikap kurang ajar kepadaku. Maka aku pun berkata kepadanya, ‘Nyahlah, jangan kamu dekati aku.’ Dia menjawab, ‘Kamu memang tidak akan pernah dapat aku ragut.’”
                Setelah menceritakan hal demikian , Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, ‘setelah melihat perkara itu, aku menjadi sedih dan khuatir. Jangan-jangan aku berbeza sikap dengan baginda Rasulullah s.a.w , sehingga dunia boleh meragutku.’”
DIRIWAYATKAN AL-BAZAR DAN PERAWI-PERAWINYA TSIQAT.

Demikian lah kisahnya… Dunia akan meragut org yg tidak teguh dengan iman… Jadi berapa kalilah dunia ni dah ragut ana dan mungkin dah ragut antum semua…  ermmmm…



Jadi sama-sama lah kita bina benteng agar kita semua tak diragut oleh dunia….
Sekian saja buat masa ni…
Wassalam………

Monday, February 14, 2011

SAPE YG TAK GI SEKOLAH, NI SURAT CUTI....

 (nama penjaga)                ,
(alamat rumah korang)    ,
..........................................


Pengetua,
SMK Taman Seri Saujana,       (CONTOH)
81900 Kota Tinggi,
JOHOR.                                                                                     (CONTOH) 10 NOVEMBER 2010


Tuan,

SURAT MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

1.          Untuk makluman pihak tuan, saya  (NAMA PENJAGA) (IBU / AYAH / PENJAGA) kepada anak saya yang bernama (NAMA PELAJAR YG TAK GI SEKOLAH) yang berada di kelas (NAMA KELAS)  ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ……….  bersamaan  (TARIKH).

2.          Untuk pengetahuan pihak tuan, anak saya tidak sihat serta badannya agak lemah. Oleh itu, dia perlukan rehat yang secukupnya tanpa sebarang perkara yang mengganggu pemikiran dan fizikalnya.

3.          Berhubung perkara tersebut, segala masalah berkaitan pelajarannya semasa ketidak hadirannya ke sekolah di bawah perhatian dan tanggungjawab saya.

4.          Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah dapat memberikan kerjasama.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

…………………………….
(NAMA PENJAGA HURUF BESAR)
No. IC: …………………..
No. Tel: ………………..


CONTOH!!!!!
Zubaidah bt Akram,
No. 35, Jalan SS 10,
Taman Sri Saujana,
81900 Kota Tinggi,
Johor.


Pengetua,
SMK Taman Seri Saujana,
81900 Kota Tinggi,
JOHOR.                                                                                                        8 NOVEMBER 2010


Tuan,

SURAT MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

1.          Untuk makluman pihak tuan, saya  Zubaidah bt Akram ibu kepada anak saya yang bernama fulan bin fulan yang berada di kelas 5 Mahatir ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin bersamaan  8 November 2010.

2.          Untuk pengetahuan pihak tuan, anak saya tidak sihat serta badannya agak lemah. Oleh itu, dia perlukan rehat yang secukupnya tanpa sebarang perkara yang mengganggu pemikiran dan fizikalnya.

3.          Berhubung perkara tersebut, segala masalah berkaitan pelajarannya semasa ketidak hadirannya ke sekolah di bawah perhatian dan tanggungjawab saya.

4.          Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah dapat memberikan kerjasama.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

…………………………….
(AMINAH HYDROSS)
No. IC: 630225-03-7768
No. Tel: 07-8837768

Friday, February 11, 2011

TENTERA DAJJAL SEDANG BERKUASA

Assalamualaikum,
hari ni ana tertarik utk menulis satu perkara yg sering bermain di fikiran ana…
pernah antum semua dengar tentang dajjal, bila agaknya kemunculan nya ye??? Perkara ni sgt risau bg ana, ana harap ana takkan bertemu dgn dajjal atau kuncu2 nya sehingga akhir hayat ana dan terselamat drpd fitnah dajjal dan sekutunya…, dan ana harap begitu juga ngan antum yg membaca…
Rasulullah pernah bersabda akan ada beberapa “dajjal” akan turun ke bumi sebelum turunnya Dajjal yg kita sedia maklum, spt bermata satu, ada perkataan kafir di dahi dan macm2 lg…. ana dah lupa bilangan yg rasulullah sabdakan… yg pasti lebih dari satu…. “Dajjal2” yg rasulullah maksudkan tu akan menjadi seperti tentera utama bg DAJJAL sebenar…
nilah perkara yg ana nak kongsikan…
kenal SAI BABA??? Kalau tak kenal search kat internet siapa makhluk tu…


Tu gambar dye, supaya nanti antum cari kat internet tak silap org… mungkin timbul persoalan kenapa ana nak bincangkan pasal dye… jadi disini ana kemukakan beberapa persamaan DAJJAL dan SAI BABA (makhluk dlm gambar di atas)… moga kita dapat mengambil pengajaran dan terselamat drpd tipu daya DAJJAL dan tentera2nya termasuk SAI BABA tu skali… INSYAALLAH…

PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA
DAJJAL
SAI BABA
Seorang lelaki yg berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok
(agak pengkor)
Seorang yg berpostur pendek dan berambut kribo
Memiliki satu mata yg buta
Pernah mengalami kebutaan pada waktu muda kemudian sembuh kembali
Bersamanya ada gunung roti (tepung) dan sungai air
Memiliki kemampuan mengeluarkan “vibuthi” (tepung suci) dari udara melalu tangannya
Memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat yg lain dgn cepat, dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yg ditiup angina yg kencang
Memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata
Memiliki pengikut yg sgt byk, bahkan akhir zaman nanti byk manusia yg berangan-angan utk berjumpa DAJJAL
Memiliki pengikut yg jumlahnya puluhan juta manusia di serata dunia
Akan muncul lalu mengaku dirinya seorang yg baik/bijak, sehingga byk sekali org yg tertarik utk mengikutinya
Mengaku dirinya bijak yg membawa misi kebajikan utk jagat raya
Muncul dan mengaku dirinya sebagai nabi
Sebahagian pengikut Sai Baba memposisikannya sbg nabi mereka
Menggunakan nama AL-MASIH
Mengaku dirinya akan menjelma sbg
AL-MASIH ISA setelah tahun 2020
Akan mengaku sbg tuhan
Mengklaimkan bahawa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta
Akan mendakwakan agama ALLAH
Dalam banyak majlis Darshannya, Sai Baba byk berbicara tentang Islam, Al-Qur’an, dan keharusan memahaminya
Mampu menghidupkan orang yg mati dan menyembuhkan org yg sakit
Memiliki kemampuan menghidupkan org mati juga menyembuhkan beberapa jenis penyakit
Boleh menurunkan hujan
Memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air utk penduduk Prasanthi Nilayam
Boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yg roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikutinya seperti lebah yg mengikuti ratunya
Mampu menciptakan patung emas, kalung emas, kitab injil (bible) mini, dan berbagai bentuk medali berukiran lafaz Allah..
semua benda ni dibuat oleh Sai Baba tak sampai 5 minit.. (video2 berkaitan ni berlambak kat youtube)
Akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali
Mampu mengeluarkan Linggam (search kat internet ye) dari mulutnya dalam setiap hari Ulang Tahunnya
Boleh berbindah raga dan tempat, dari satu bentuk ke bentuk lainnya
Boleh berpindah dari satu jasad ke jasad yg lain yang merupakan reinkarnasi dirinya
Boleh membesarkan tubuhnya
Memiliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang
Suka keluar masuk pasar dan makan makanan darinya
Sai Baba juga seperti manusia biasa yg makan dan minum spt manusia yg lainnya, ia juga biasa berjalan-jalan ke pasar , rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yg biasa dikunjungi manusia
Akan muncul dengan didampingi dua malaikat di kanan dan dikirinya
Kononnya dating utk membawa misi perdamaian, cinta kasih, menghapuskan persengketaan dan penyatuan agama
Boleh memerintahkan bumi agar mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
Boleh mengeluarkan air dengan hentakkan kakinya
Muncul di zaman pertikaian
Mengklaimkan bahwa ia datang di masa byk pertikaian dan persengketaan, kedatangannya utk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan
Tidak memiliki anak dan tidak berkeluarga
Mandul, ia tidak beranak dan juga berkeluarga
Dajjal adalah pemimpin orang yahudi
Sai Baba mempunyai misi menyebarkan teologi Zionis

Ni lah antara persamaan yg ana dapat kemukakan… jadi pandai2 lah antum semua menilai… Ana tak rasa yg dye ni dajjal sebenar, tapi yg ana rasa dye adalah salah satu drpd tentera dajjal yg telah , sedang dan bakal membawa fitnah besar…

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.”
(Shahih Muslim, Kitab Al-Masajid, 5:87)

Sumber rujukan: buku DAJJAL ‘SUDAH’ MUNCUL DARI KHURASAN, hasil karya Abu Fatiah Al-Adnani terbitan GRANADA MEDIATAMA….
(bacalah buku ni utk maklumat lanjut)


Sekian saja buat masa ini..
-WASSALAM-
Yang benar,
- JIHADBOY -

Boleh ke bercakap ketika BERWUDHUK???

ENGGAN BERCAKAP KETIKA BERWUDHUK
Assalamualaikum,
hari ni ana nak kongsi satu perkara yg mana perkara ni dah jadi satu kebiasaan di kalangan umat ISLAM ketika mengambil air sembahyang (wudhuk) ….
Perkara yg ana maksudkan ialah ENGGAN BERCAKAP KETIKA BERWUDHUK…
Betul ke kita tak ley cakap ketika berwudhuk, seperti jawab pertanyaan org seperti jawab khabar, jawab salam…

Jadi ana pun uat kajian utk menyelesaikan kekeliruan ana…
dan ni lah hasil kajian nya:

Sebahagian orang ada yang menganggap bahawa bercakap pada saat berwudhuk hukumnya makruh.
Mereka berpegang pada hadis: “Sesungguhnya di atas seseorang yang berwudhuk terdapat bangunan dari cahaya, ketika dia bercakap maka cahayanya di angkat daripadanya.”
Perlu diketahui, hadis tersebut adalah palsu dan tidak sama sekali boleh dijadikan dalil.
Begitu juga dengan hadis yang berbunyi: “ Barangsiapa yang berwudhuk kemudian tidak bercakap hingga sampai doa : Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah... maka diampuni dosanya yang terdapat di antara dua wudhuk…”

Oleh itu, bercakap selama berwudhuk itu hukumnya MUBAH atau BOLEH, dan tidak ada sebarang dalil syar’ie yang secara shahih melarang hal tersebut…

Ana tak reka tau perkara ni, ni adalah daripada dirujuk drpd para ulama’

Dipetik daripada : buku KESALAHAN DALAM BERSUCI terbitan AL SHAFA… Tajuk asal buku ni ialah AL-KALIMAT AN-NAFI’AH FI AL-AKHTA’ AS-SYA’IAH…

Sekian saja drpd ana, moga dapat mengambil pengajaran… Insyaallah…

Wassalam

Adakah kita golongan FAKIR???

Perkara2 yang dapat menjadikan 
fakir


1.      Tidur telanjang lepas pakaian (terdedah aurat).

2.      Kencing dengan telanjang bulat.

3.      Makan dalam keadaan junub.

4.      Makan dengan berbaring.

5.      Mengabaikan remukan sisa hidangan makanan.

6.      Membakar kulit bawang merah dan putih.

7.      Menyapu rumah dengan kain.

8.      Menyapu rumah di malam hari.

9.      Menyapu sampah tidak segera dibuang.

10.  Berjalan dihadapan orang-orang tua atau mendahuluinya. (dgn kata lain memotong org tua yg tengah jalan dihadapan)

11.  Memanggil kedua org tua (ibu dan ayah) hanya dengan menyebut nama mereka.

12.  Mencukil sela2 gigi dengan benda keras seperti jarum n so on…

13.  Mencuci tangan dengan tanah dan debu.

14.  Duduk di tangga atau sikai.

15.  Bersandar pada pintu.

16.  Berwudhuk di tempat peristirehatan.

17.  Menjahit pakaian pada badannya (baju yg sedang dipakai).

18.  Menyapu muka menghilangkan keringat dengan gombal.

19.  Tidak membersih sarang labah2 di rumah.

20.  Mempermudah dalam mengerjakan solat, tidak mahu merendah dan khusyuk.

21.  Segera keluar daripada masjid setelah Solat Subuh

22.  Pagi-pagi berangkat ke pasar.

23.  Lama2 berada di pasar, tidak segerakan.

24.  Membeli potongan2 roti dari fakir miskin yang meminta-minta

25.  Mendoakan yang jelek utk anak.

26.  Tidak mahu menutupi tempat2 terbuka.

27.  Memadamkan lampu (cahaya lilin atau sama dengannya) dengan tiupan nafas. (macam lilin harijadi la…)

28.  Menulis dengan pen yang sudah rosak.

29.  Menyikat rambut dengan sikat yg sudah pecah-pecah.

30.  Tidak mahu mendoakan baik kepada kedua orang tua (ibu bapa).

31.  Memakai serban dengan duduk.

32.  Memakai seluar sambil berdiri.

33.  Bakhil, menahan memberikan sesuatu kepada orang lain.

34.  Terlalu berhemat.

35.  Malas.

36.  Menunda-nunda kesempatan.

37.  Pemboros.

38.  Mengabaikan segala urusan.

Ana kumpul 38 perkara ni berdasarkan daripada atsar-atsar iaitu berita drpd
PARA SAHABAT R.ANHUM…
Bukan saja2 nak reka… kalau ikut kan ada juga tempias yg kene kat ana… huhu..
Oleh itu, Sama-samalah kita berusaha utk meninggalkan perkara2 tersebut agar kita tidak termasuk dalam golongan FAKIR….
Sekian saja daripada ana, wassalam…