SELAMAT DATANG WAHAI PEJUANG

Tahniah!! Anda adalah pilihan ALLAH!!!!

Friday, February 11, 2011

Boleh ke bercakap ketika BERWUDHUK???

ENGGAN BERCAKAP KETIKA BERWUDHUK
Assalamualaikum,
hari ni ana nak kongsi satu perkara yg mana perkara ni dah jadi satu kebiasaan di kalangan umat ISLAM ketika mengambil air sembahyang (wudhuk) ….
Perkara yg ana maksudkan ialah ENGGAN BERCAKAP KETIKA BERWUDHUK…
Betul ke kita tak ley cakap ketika berwudhuk, seperti jawab pertanyaan org seperti jawab khabar, jawab salam…

Jadi ana pun uat kajian utk menyelesaikan kekeliruan ana…
dan ni lah hasil kajian nya:

Sebahagian orang ada yang menganggap bahawa bercakap pada saat berwudhuk hukumnya makruh.
Mereka berpegang pada hadis: “Sesungguhnya di atas seseorang yang berwudhuk terdapat bangunan dari cahaya, ketika dia bercakap maka cahayanya di angkat daripadanya.”
Perlu diketahui, hadis tersebut adalah palsu dan tidak sama sekali boleh dijadikan dalil.
Begitu juga dengan hadis yang berbunyi: “ Barangsiapa yang berwudhuk kemudian tidak bercakap hingga sampai doa : Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah... maka diampuni dosanya yang terdapat di antara dua wudhuk…”

Oleh itu, bercakap selama berwudhuk itu hukumnya MUBAH atau BOLEH, dan tidak ada sebarang dalil syar’ie yang secara shahih melarang hal tersebut…

Ana tak reka tau perkara ni, ni adalah daripada dirujuk drpd para ulama’

Dipetik daripada : buku KESALAHAN DALAM BERSUCI terbitan AL SHAFA… Tajuk asal buku ni ialah AL-KALIMAT AN-NAFI’AH FI AL-AKHTA’ AS-SYA’IAH…

Sekian saja drpd ana, moga dapat mengambil pengajaran… Insyaallah…

Wassalam

No comments:

Post a Comment