SELAMAT DATANG WAHAI PEJUANG

Tahniah!! Anda adalah pilihan ALLAH!!!!

Friday, February 11, 2011

Adakah kita golongan FAKIR???

Perkara2 yang dapat menjadikan 
fakir


1.      Tidur telanjang lepas pakaian (terdedah aurat).

2.      Kencing dengan telanjang bulat.

3.      Makan dalam keadaan junub.

4.      Makan dengan berbaring.

5.      Mengabaikan remukan sisa hidangan makanan.

6.      Membakar kulit bawang merah dan putih.

7.      Menyapu rumah dengan kain.

8.      Menyapu rumah di malam hari.

9.      Menyapu sampah tidak segera dibuang.

10.  Berjalan dihadapan orang-orang tua atau mendahuluinya. (dgn kata lain memotong org tua yg tengah jalan dihadapan)

11.  Memanggil kedua org tua (ibu dan ayah) hanya dengan menyebut nama mereka.

12.  Mencukil sela2 gigi dengan benda keras seperti jarum n so on…

13.  Mencuci tangan dengan tanah dan debu.

14.  Duduk di tangga atau sikai.

15.  Bersandar pada pintu.

16.  Berwudhuk di tempat peristirehatan.

17.  Menjahit pakaian pada badannya (baju yg sedang dipakai).

18.  Menyapu muka menghilangkan keringat dengan gombal.

19.  Tidak membersih sarang labah2 di rumah.

20.  Mempermudah dalam mengerjakan solat, tidak mahu merendah dan khusyuk.

21.  Segera keluar daripada masjid setelah Solat Subuh

22.  Pagi-pagi berangkat ke pasar.

23.  Lama2 berada di pasar, tidak segerakan.

24.  Membeli potongan2 roti dari fakir miskin yang meminta-minta

25.  Mendoakan yang jelek utk anak.

26.  Tidak mahu menutupi tempat2 terbuka.

27.  Memadamkan lampu (cahaya lilin atau sama dengannya) dengan tiupan nafas. (macam lilin harijadi la…)

28.  Menulis dengan pen yang sudah rosak.

29.  Menyikat rambut dengan sikat yg sudah pecah-pecah.

30.  Tidak mahu mendoakan baik kepada kedua orang tua (ibu bapa).

31.  Memakai serban dengan duduk.

32.  Memakai seluar sambil berdiri.

33.  Bakhil, menahan memberikan sesuatu kepada orang lain.

34.  Terlalu berhemat.

35.  Malas.

36.  Menunda-nunda kesempatan.

37.  Pemboros.

38.  Mengabaikan segala urusan.

Ana kumpul 38 perkara ni berdasarkan daripada atsar-atsar iaitu berita drpd
PARA SAHABAT R.ANHUM…
Bukan saja2 nak reka… kalau ikut kan ada juga tempias yg kene kat ana… huhu..
Oleh itu, Sama-samalah kita berusaha utk meninggalkan perkara2 tersebut agar kita tidak termasuk dalam golongan FAKIR….
Sekian saja daripada ana, wassalam…

No comments:

Post a Comment